NEGARA YANG KUSAYANGI


v Mendengar dan Bertutur


 CINTAI MALAYSIA

Murid dikehendaki melakonkan perbualan di dalam kelas    berdasarkan dialog di bawah.






·       Murid menyatakan permintaan secara bertatasusila.

·       Senaraikan kata perintah yang terdapat dalam lakonan tersebut.

NOTA :




1.4.4. Murid dapat berkomunikasi secara bertatasusila bagi menyatakan permintaan, memperoleh dan menyampaikan maklumat serta mengemukakan pendapat ketika berinteraksi dengan orang lain.



v Membaca

PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN

Bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos, pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan oleh pihak sekolah. Hanis dan Haris juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan. Hanis telah menyertai pertandingan mengarang sajak manakala Haris pula mencipta pantun 4 kerat.  






  


·       Nyatakan makna tersirat yang terdapat dalam penulisan kedua-dua teks.


2.6.1 Murid dapat membaca bahan dan memahami secara kritis pada tahap sangat terperinci dan konsisten.



v Ayat Cakap Ajuk dan Ayat Cakap Pindah

Berkhidmat demi Negara

Lawatan ke Muzium Tentera Darat
Ketibaan Hanis dan rombongan sekolahnya ke Muzium Tentera Darat, Bandar Tentera Darat, Port Dickson, Negeri Sembilan, disambut mesra oleh Pegawai Waran Dua Abdul Mutalib bin Hussein, anggota yang bertugas pada hari itu. Beliau memberitahu bahawa beliau akan menjadi jurupandu kepada rombongan mereka pada hari itu.

Menurut PWD Abdul Mutalib, misi pengaman dan pemerhati Kontinjen Tentera Darat Malaysia telah sampai ke beberapa buah negara seperti di Congo, Kemboja, Somalia, Bosnia Herzegovia dan Lubnan. Hanis dan rakan-rakannya juga diberitahu oleh PWD Abdul Mutalib bahawa Tentera Darat Malaysia mempunyai imej yang tinggi di mata dunia. Menurutnya lagi pasukan mereka sering menjadi contoh, khususnya dalam kalangan Negara-negara Dunia Ketiga.
Banyak perkara yang baru diketahui oleh Hanis dan rakan-rakannya setelah melihat pameran dari satu galeri ke satu galeri di Muzium Tentera Darat itu. Disebabkan itu, Hanis bercita-cita untuk menjadi seorang tentera apabila besar kelak.





·       Murid hendaklah melakonkan situasi berdasarkan penceritaan tersebut.                   
 ·       Membina ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah dengan betul.        

NOTA:










LATIHAN TAMBAHAN

Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah.

1.      “ Semasa pulang dari sekolah tadi, saya terserempak dengan ibu awak yang sedang menjual kuih di hujung simpang itu” kata Aina kepada Jasmin.
2.      “ Jangan lupa angkat kain di jemuran kerana hari sudah mendung”, pesan ibu kepada Kaira.
3.      “ Jangan bermain bola di tepi jalan itu” larang ayah kepada Aiman.
4.      “ Tolong ambilkan air di atas meja berhampiran dengan cabinet itu,” pinta Ahmad kepada adiknya.
5.      “Kalau tak tahu jangan buat,” kata Cikgu Siti. “Biar orang yang tahu saja yang membuatnya,” sambungnya lagi.

Tukarkan ayat cakap pindah di bawah kepada ayat cakap ajuk.

1.      Nenek menyuruh Ahmad menggantungkan bendera Jalur Gemilang pada tiang rumah.
2.      Anis dan Kirana memujuk Sofea untuk bersama-sama menyaksikan sambutan Kemerdekaan yang diadakan di ibu kota.
3.      Cikgu Amran bertanya Johan tentang latihan bicara berirama yang akan diadakan pada minggu hadapan.
4.      Nani memuji kecantikan pakaian tradisional yang dipakai oleh Dhira.
5.      Puan Maria menasihati Suraya supaya tidak bersendirian ketika pulang dari tempat kerja pada waktu malam.

5.3.2. Murid memahami dan membina ayat cakap ajuk dan ayat cakap   pindah dengan betul dalam pelbagai situasi.




RUJUKAN:-

  1.  Siti Sarah Abdul Malek, Nur Farah Lo Abdullah, Sarawati Tumiran,(2014). Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5 , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
  2. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood (2015), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  3. Azaruddin (2015), Sintaksis Cakap Ajuk dan Cakap Pindah, diperoleh pada 17 Ogos 2019 pada  http://cikguazaruddin.blogspot.com/2015/04/sintaksis-cakap-ajuk-dan-cakap-pindah.html
  4. Tiada nama pengarang, Koleksi Sajak-sajak Merdeka, diperoleh pada 16 Ogos 2019 daripada http://www.smktj.edu.my/2013/08/koleksi-sajak-sajak-merdeka.html
  5. Mohd Ramsul Adb Rahiman (2017), Kemahiran Menukar Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah, diperoleh pada 17 Ogos 2019 daripada   https://cikguramsulbmspm.blogspot.com/2017/07/kemahiran-menukar-cakap-ajuk-kepada.html

Comments

Popular posts from this blog

TOKOH SANJUNGAN

TANGGUNGJAWAB KITA