TANGGUNGJAWAB KITA

BAHASA MELAYU TAHUN 5

TEMA 7 : PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAA


Pemahaman tajuk:

Tanggungjawab Kita =

Sesuatu pekerjaan yang wajib dilakukan ke atas setiap warganegara Malaysia.


KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR



Aktiviti: Setelah murid-murid menonton video, guru akan meminta murid untuk menceritakan
               pengalaman yang menarik perhatian mereka ketika bercuti di Malaysia.




Aktiviti: Setelah murid-murid menonton video sebentar tadi, guru akan meminta murid
               untuk menggambarkan suasana pemandangan tempat-tempat tersebut dengan
               memilih kata adjektif yang bersesuaian .







KEMAHIRAN MEMBACA 

MALAYSIA BERSIH

LAGU : MUHAMMAD YURI MOHAMED EDRIS
LIRIK : DATUK DR ANIS YUSAL YUSOFF

Harapan semua
Moga kita berjaya
Bagai negara
Yang kekal merdeka

Amanah bangsa
Kita pikul bersama
Jadikan Malaysia bahagia

Asal budaya kita
Budi pekerti indah
Amanah jujur
Amalan kita

Kini masanya
Sudah tiba
Untuk bina semula
Negara tercinta

Kita bina negara
Perangi rasuah
Kita satukan hati
Demi ibu pertiwi

Keutuhan jiwa
Membina nurani
Moga kita terus disanjungi

Harapan semua
Moga kita berjaya
Sebagai negara yang kekal merdeka

Kini masanya
Sudah tiba
Untuk bina semula
Negara tercinta

Malaysia bersih
Harapan kita
Malaysia bersih
Harapan kita


Aktiviti: Guru akan meminta murid untuk membaca secara senyap dan memahami lirik kata lagu. Seterusnya, murid-murid akan menyanyi dengan bantuan para guru.



KEMAHIRAN MENULIS 




Aktiviti: Guru akan meminta murid untuk menulis karangan tentang pengalaman mereka bercuti di Malaysia setelah guru menunjukkan contoh karangan di atas. Guru menyarankan murid-murid menggunakan kata adjektif yang telah dipelajari sebelum ini.






Rujukan:

1. Siti Sarah Abdul Malek, Nur Farah Lo Abdullah, Sarawati Tumiran,(2014). Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5 , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

1   2. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka.

     3. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood (2015),  Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Siti Hajar Abdul Aziz (2017). Kata Adjektif . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

5.  Rusmie Yahya (2019) . Get Ready UPSR Tahun 5.  Petaling Jaya : Pelangi Sdn. Bhd.

6.   Kementerian Komunikasi dan Multimedia , Lagu Malaysia Bersih, diperoleh pada 16 Ogos 2019 daripada https://www.kkmm.gov.my/index.php?option=com_content&view=category&id=151:lagu-patriotik-&Itemid=130

7.  Lagu Tema Tahun Melawat Kelantan 2012 (2012) , diperoleh pada 16 Ogos 2019 daripada https://youtu.be/xSzLIAdT9-Y

8.  Lagu Cuti- Cuti Malaysia . (2010) , diperoleh pada 15 Ogos 2019 daripada https://youtu.be/KpdRDd4xImE



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

NEGARA YANG KUSAYANGI

TOKOH SANJUNGAN